Makluman

Berhubung terus dengan saya melalui laman facebook, lebih mudah, lebih cepat.
lebih banyak pilihan, lebih bercitarasa... happy-happy selalu

Semuanya ada untuk anda...

Monday, September 5, 2011

Salam Lebaran, Minal Aidil Walfaizin..

Semuga raya kali ini membawa seribu rahmat dan keberkataan kepada kita semua. Dan semuga hubungan silaruturahmi yang terjalin akan berpanjangan, yang jauh di dekatkan yang dekat di rapatkan. Hubungan kekeluargaan di kekalkan, anak cucu, sepupu sepapat, sekerabat di cari supaya tidak putus. Amin.

Setelah cuti berhari raya dan cuti kemerdekaan. Mudah-mudahan naik cuti ni kita lebih bersemangat lagi meneruskan perjuangan kita dalam apa bidang sekali pun.

Selingan di Blog ini. saya sempat singgah sebentar melawat Balai Polis Bukit Kepong yang terbakar di serang Komunis 61 tahun yang lalu. walaupun sudah di tembok oleh kerajaan Malaysia, tapi saya masih boleh curi-curi melihat kesan tinggalan sejarah itu. Alhamdulilah anak bujang saya yang baru berumur 11 tahun beria-ia benar nak melawat tempat itu semasa dalam perjalanan ke Labis dari pekan Tangkak untuk kerumah Mak Cik saya. Untuk kebaikan, apa salahnya kami meluangkan sedikit masa.

Untuk tatapan pengunjung blog ini, saya selitkan beberapa gambar untuk tatapan.





Semasa berada di sini saya terbayang cerita Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Samsudin. Jika saya berada di situ waktu serangan itu........... antara takut dan perjuangan, semangat itu tetiba datang, dan saya berjanji pada diri saya, saya akan berjuang untuk kehidupan saya hari ini dan akan datang dengan penuh semangat. Semuga saya dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan.. Insyallah.

No comments:

Post a Comment