Makluman

Berhubung terus dengan saya melalui laman facebook, lebih mudah, lebih cepat.
lebih banyak pilihan, lebih bercitarasa... happy-happy selalu

Semuanya ada untuk anda...

About Me

Namaku Jamilah Binti Surat, aku dilahirkan pada 15 Nov 1974, di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Aku adalah seorang surirumah sepenuh masa, menjaga dan membesarkan anak-anak, disamping membuat kerja-kerja sampingan yang menjadi minat aku sejak dulu. Setelah aku berhenti bekerja sebagai Pegawai Sumber Manusia aku mula serius dengan minat aku menjahit dan menghasilkan kerja seni halus yang lain seperti menyulam, membuat crostich dan mengait. Tetapi kini aku memberi tumpuan sepenuhnya dalam seni jahitan saja. Aku berkebolehan menghasilkan baju kurung cotton 100% sembat yang begitu sinonim dengan masyarakat Johor, terutama orang-orang lama. Aku  juga berkebolehan menghasilkan baju kurung kanak2, baju melayu lelaki serta lain2 fesyen baju semasa.

Keluarga bahagia ku


Ditambah dengan baby girl ku yang lahir pada 7hb Ogos 2010, 10 tahun setelah Anniversary.


Dalam mengorak langkah menuju tahun 2011, aku ingin memajukan lagi minat aku ini dengan berkongsi citarasa dengan pengemar fesyen masa kini terutama fesyen ibu hamil dan ibu menyusu dalam menghasilkan rekaan yang sesuai dan selesa dengan masyarakat Malaysia, terutamanya bagi fesyen bergaya muslimah.

Aku telah mendaftarkan minat aku ini sebagai sebuah perniagaan bernama "mila kids & Collections" pada bulan November 2010 dan sedang dalam proses membuka sebuah kiosk di Kempas, Johor pada bulan Februari 2011. Aku kini sedang giat menghasilkan baju untuk ibu hamil dan menyusu untuk kiosk aku nanti.


Kepada anda yang berminat berkongsi idea dan cita rasa, saya amat mengalu-alukannya. Jangan segan-segan menghubungi saya di email mila.surat@gmail.com