Makluman

Berhubung terus dengan saya melalui laman facebook, lebih mudah, lebih cepat.
lebih banyak pilihan, lebih bercitarasa... happy-happy selalu

Semuanya ada untuk anda...

Thursday, November 19, 2009

Baju Kurung Sembat Kanak-Kanak

Anda juga boleh menempah baju kurung bersembat untuk anak perempuan anda. Mungkin anda suka jika anak anda memakai pakaian yang sama warna dengan anda atau corak yang sama. Untuk kanak-kanak ukuran yang patut anda beri adalah lebih dari segi tangan, panjang baju, panjang kain dan ukuran pinggang. Ini kerana biasanya kanak-kanak cepat memanjang atau membesar, supaya baju kurung bersembat ini lebih lama dipakai.Biasanya ukuran tidak tetap dipasaran seperti ukuran orang dewasa.



Ini adalah gambar anak saya. Dia lebih suka mengenakan pakaian dari kain cotton, kerana tidak panas dan mudah serap peluh walaupun puas bermain berkejar-kejaran. Anda juga boleh menempah untuk meletakkan poket pada baju kurung kanak-kanak ini disebelah kiri atau kanan baju mengikut keselesaan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment